Wednesday, December 29, 2010

Kita Belum Bersatu

Terhias indah di jarimu,
Satu bukti, kau & aku, nanti ‘kan bersatu,
Cincin itu menjadi tanda,
Suatu masa, kita berdua, ‘kan tetap bersama,

Namun hakikatnya kini,
Kita belum bersatu lagi,
Syariat tetap dijaga,
Muamalah dipelihara,

Ini masanya untuk kita,
Saling mengenal antara kita,
Bukannya bermesra,
Pertunangan bukan bererti,
Aku ‘abang’, dikau ‘sayang’,
Hanyalah kenalan,

Ingat hakikatnya kini,
Kita belum bersatu lagi,
Syariat tetap dijaga,
Muamalah dipelihara,
c/o
Jangan kau biarkan musuh itu menggoda keimanan kita,
Jangan cemari ikatan yang terbina kerana-Nya,
Kita hanya mengharapkan redha Tuhan bukannya kemurkaan-Nya,
Percaya pada janji-Nya, dengan kasih-Nya kita pasti bahagia…

No comments:

Post a Comment