Tuesday, July 27, 2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
iluvislam

Bingkisan Mawardah




Jatuh cinta satu kesilapan? Limaza … bukankah ia hadir daripada rahmat yang Esa Bukankah ia datang tanpa dipinta Hadir tanpa diduga Cinta bukan satu kesilapan … Tapi tempat menguji ketaqwaan Cintakah kita pada yang Esa atau Melangit pada yang tak kekal Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA Cinta bukan satu kesilapan … Ia perasaan nan suci Kita yang menzahirkan Kenapa kita dipersalahkan Tatkala ia dinodai Bukan salah cinta itu … tapi diri Sebab tak dibina dengan Islam Tak dihalusi dengan keimanan Tak dibajai dengan ketaqwaan Cinta bukan satu kesilapan … Tapi tapak penyubur iman Kerana … tak sempurna iman seseorang Jika ia tidak mengasihi saudaranya Sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri Cinta bukan satu kesilapan … Bukankah Allah Maha Pengasih & Penyayang Cinta itu luas maknanya Cinta itu membawa ke syurga Cinta keluarga memberi bahagia Cinta pada buku dicurahkan ilmu Cinta pada sahabat mendapat berkat Cinta pada sahabat mendatangkan rahmat Tuhan Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki Tapi, memang cinta satu kesilapan … Jika ia menjauhi daripada PENCIPTA Jika ia membina jurang dari yang ESA Jika ia mengalpakan diri Lantas mengangkat darjat kemaksiatan Jika ia memadam cinta Ilahi Jika ia mengundang kemungkaran Khalid-Nya Jika ia menjadikan kita hambanya Maka seharusnya cinta itu kau jauhi Dan sememangnya ia merupakan satu KESILAPAN …

bisikan qalbu ....


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..




Jatuh cinta satu kesilapan?
Limaza … bukankah ia hadir daripada rahmat yang Esa
Bukankah ia datang tanpa dipinta
Hadir tanpa diduga

Cinta bukan satu kesilapan …
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah kita pada yang Esa atau
Melangit pada yang tak kekal
Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA

Cinta bukan satu kesilapan …
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan
Kenapa kita dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu … tapi diri
Sebab tak dibina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketaqwaan

Cinta bukan satu kesilapan …
Tapi tapak penyubur iman
Kerana … tak sempurna iman seseorang
Jika ia tidak mengasihi saudaranya
Sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri

Cinta bukan satu kesilapan …
Bukankah Allah Maha Pengasih & Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta itu membawa ke syurga
Cinta keluarga memberi bahagia
Cinta pada buku dicurahkan ilmu
Cinta pada sahabat mendapat berkat
Cinta pada sahabat mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki

Tapi, memang cinta satu kesilapan …
Jika ia menjauhi daripada PENCIPTA
Jika ia membina jurang dari yang ESA
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cinta Ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran Khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi
Dan sememangnya ia merupakan satu KESILAPAN …



Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat.. Sungguh cinta itu indah, Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia... Tetapi bagi pelajar macam kita ??? Cinta itu biasanya hanyalah musibah... Cintailah ALLAH... Yang sentiasa mencintaimu, memeliharamu dan mengasihimu... Saat mereka bertanya... Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai temanku... Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku, kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku... Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku... Dan mengukuhkan tulangku... Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku... Tutur bicara mulutku... Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH... Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya... Hidup dan matiku....... Segalanya untukNya........

ratapan hati


click to create your own



click to create your own

wanita solehah



click to create your own

Sunday, July 25, 2010

sudut kreatif..



click to create your own

bingkisan hatiku


Get a Glitter Calendar Click Here

Saturday, July 24, 2010




Gratisan Musik

santapan nurani

saling mencintai hanya kerana Allah
saling menyayangi hanya kerana Allah
saling membahagiakan hanya kerana Allah
hanya kerana Allahlah yang dapat menimbulkan rasa sayang,cinta dan kebahgiaan tersebut



Gratisan Musik

islamic





Friday, July 23, 2010

Rahsia Cinta Agung..

sebenarnya cinta kepada Allah itu ibarat pelita yang menyilau,
jika ia menetap dalam indera,
ia akan mematikan..
jika ia menetap didalam jiwa,
ia akan memabukkan..
pada lahirnya berupa rahsia..
sedang,pada batinya berupa cinta....
sebenarnya cinta kepada Allah itu ibarat pelita yang menyilau,
jika ia menetap dalam indera,

keagungan dan keindahan wanita





keagungan dan keindahan tidak ditentukan oleh kecantikan wajah,Wajah yang cantik tidak bisa terlihat indah..kerana tertutup oleh kabut penghalang,dan...wajah yg biasa-biasa saja akan terlihat indah..kerana pancaran...keagungan dalam dirinya,jadi mahu memilih yg mana? ingatlah jgn sampai rugi! penyesalan tiada bererti..dan teman sejati adalah..Asma Allah..yang selalu hadir didalam hati....