~luahan sang bidadari..~

~Luahan Hati Sang Bidadari~


Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,  








                                   
Riasnya indah lagi memukau, 
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar, 
Serba sempurna akhlak gemilang. 



Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu, 
Yang sangat sempurna dari yang sempurna, 
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya, 
Yang menjadi peneman paling utama, 
Yang sangat memukau melebihi segalanya. 









                                                             
Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 


Ratu bidadari pada dunia fana ini, 
Isteri solehah gelaran di beri, 
Tiada tertanding akhlak dan pekerti, 
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi, 
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami, 
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.








          
Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 


aku mengidam bertemu dengannya, 
Hanya mengharap pada Ilahi, 
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi, 
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya, 
Agar syurga menjadi imbalannya, 
Supaya hajatku menjadi terlaksana. 











Wahai Muslimah ku tahukah dikau.. 

   
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku, 
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah, 
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana, 
 Dan menjadi harapan dan doaku selama ini …… 
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….…… 















BismillahirRahmanirRahim…

Assalamua’laikum w.b.t

Salam pembuka bicara..
Salam mengeratkan ukhwah islamiah..
menghalusi setiap bait-bait rasa…
Menghuraikan rasa lemah didada…..
membisikan rasa yang terbuku dihati….

Diri ini ingin berkongsi…
mengalunkan rentak kasih bersama pengalaman yang diambil…yang telah dilalui…
ingin bersama-sama diri ini bermuhasabah cinta bersama pembaca..
 Wallahua’lam..

Tiada apa yang mampu di nukilkan jika lahir melalui kata-kata…namun..
LillahiRrabi….
Lidah dan hati ini mampu mengungkapkan rasa yang lahir daripada bait-bait hati hanya kerana ALLAH…
InsyaALLAH…..~~~

Tiada apa yang diinginkan oleh setiap wanita didunia ini melainkan sebuah kehidupan yang penuh dengan rasa kasih…
belaian rasa daripada seorang  pengemudi sebuah keluarga…
yamg digelar sebagai  “imamku…khalifahku”
menjadi idaman oleh seorang wanita…yang bermujahadah dirinya.. sebagai daie..taat sebagai sorang anak disisi keluarga…bakal isteri dan bakal seorang ibu….

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu



Alhamdulilah….
Sujud syukur…..menghambakan diri ini kepadaMU ya ALLAH….
Sudah mencapai usia 20 tahun diri ini menjadi daie dan menghambakan diri sebagai khalifah di muka Bumi ini……
melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesempurnaan….
Dengan didikan kedua ibu bapa ku yang sangat tegas dan berlandaskan pegangan al-Quran didada….
Syariat islam diutamakan…didikan yang penuh kasih sayang…

Tidak dididik diri ini hanya berkasih kepada ajnabi semata-mata…
Rasulullah dan ALLAH…hanya dihati….
merekalah KEKASIH HATI KU yang paling indah..yang paling utama dihati ini…..
uhibbu ya habibi..ya Rasulullah….uhibbu ya ALLAH…
Moga terus kekal dihati ini selamanya….
Allahumma’amin……….


Namun..bohong hati ini tidak pernah meluahkan rasa..
meluahkan bait-bait kata dihati ingin mencari bakal zauj yang terbaik…
beriman…beragama….berilmu….menjadi pilihan…..
meletakkan ALLAH yang utama…
Rasulullah ku susuri…
moga bakal zauj yang diinginkan berpegang kepada landasan dan syariat islam…
rasa keinginan memiliki bakal zauj membuak-buak dihati kecil ini..
moga bakal zauj adalah pilihan hati….
Wallahua’lam……

Walaupun diri ini adalah seorang gadis yang menjadi idaman dimata para ajnabi..
Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk memiliki diri ini..
Surat? SMS? Panggilan telefon?
MasyaAllah……….
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan….
Mereka bukan ingin memiliki diri ini hanya kerana ALLAH dan syariat..
Tetapi….nafsu yang diletakan dihati…
Wallahua’lam…

Walaubagaimanapun..belum pernah diri ini menyahut rasa kasih dari mereka kerana telah ku tetapkan bahawa diri ini hanya untuk bakal zauj..
Pengemudi hidup ini susah dan senang bersama..

Namun….keinginan hanya tinggal keinginan…sesudah tamat pengajian
diri ini…
Dikhabarkan dengan risikan yang ingin meminang..
Bakal zauj yang menjadi pilihan keluarga…..
Pilihan kedua-dua belah pihak…
HasbirRabbi..
Bagai ingin berhenti denyutan jantung ini….
Bagai halilintar membelah bumi….
Hancur musnah impianku…
Lerai….lebur harapanku untuk memiliki bakal zauj pilihan hati…
Ya ALLAH…berikanlah diri ini petunjuk…
Pemudahkanlah diri ini mrngharungi saat ini….
Ya Rabbi Ya Ilahi…
Engkau tenangkanlah hati ini….
Engkau sabarkan diri ini dan kuatkanlah iman ku….

Kerana tidak sanggup melukakan hati kedua ibu bapa ku..
Dan menolak pilihan mereka… kerana ingin diri ini mencium bauan syurga..
Ku meredhakan hati..
Menerima setiap yang telah diatur dan dirancang oleh keluarga………….

Lalunya masa..bagai angin yang bertiup…
Tiupan angin yang hanya menyejukan badan seketika….
Bagaikan ais krim membeku kian mencair…..
Hilang rasa…hilang manisnya..

Detik tiap detik…menghitung hari…..
Akhirnya diri ini di sunting…
Ditunangkan  buat bakal zauj dengan penuh kesederhaan..
Seorang lelaki yang belum pernah kutatap wajahnya..
Belum pernah ku mengenali..
Tiada tiada gambar buat renungan..
Tiada panggilan menghilangkan rindu….
Hanya nama sebagai pengenalan diri..
Hanya bahasa indah tanpa suara pengikat ukhwah diri….

Menjadi tunangan bakal zauj buat seketika selama 3 bulan..
Akhirnya…detik yang ditunggu..
Pada bulan kelahiranku…diri ini menanti detiknya ijab dan Kabul…
Alhamdulilah..sekali lafaz..diri ini sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang belum pernah ku kenali..

Detik yang sangat mendebarkan..
Saat-saat menanti dengan penuh debar..
Majlis menyarung cincin dari  zauj ku…
Inilah kali pertama kami bertentang mata…
Sersua muka…bersentuhan kekasih halal..
Kasih sang suami terhadap sang isteri…………~~~~

Allahumma’amin…
Indahnya perancangan dan apa yang telah diaturkan ALLAH....
Walaupun bukan pilihanku..
Namun Engkau telah berikan hambaMU ini seorang kekasih halal….zauj ku…
Uhhibbu ya habibi..ya zauj ku..~~~~

Bahtera rumahtangga dibina…
 sebagai sepasang suami isteri dilayari dengan penuh kebahgiaan dan senda tawa….
Diriku ini mengambil peluang bersama zauj ku…
saling mengenali dengan ikatan yang halal….

Awal permulaan perkahwinan…
Sungguh kekok diri ini bersama sang suami…
Masing-masing diam tanpa bicara….masih malu……..
Tetapi zauj ku sungguh hebat….
Dalam dirinya ada ciri-ciri pilihan ku…….

Malam selepas kami diijab kabulkan…
Diriku merasai satu nikmat yang tidak mampu ditafsir dengan kata-kata….
Aku berasa sesuatu yang luar biasa yang sedang ku alami..
Zauj mengimamkan ku solat…
Selepas bersolat..kami adakan sedikit tazkirah..
Sebagai mengingatkan diri masing-masing agar tidak lupa kepada sang pencipta…
Malam itu..kali pertama ku menerima  ciuman mesra…yang halal dari zauj ku….
Alangkah indahnya ciuman halal…..dari seorang lelaki yang bernama suami..

‘’sayang….dirimu amanahku…..demi syariat dan kerana ALLAH  abang menerimamu dan akan menjagamu…’’

Alhamdulilah…..zaujku sudi menerima diriku…….
Perlahan-lahan juga diriku menerimanya…

Diri ini sebagai suri rumah…sang isteri yang setia menanti  zaujnya pulang ke rumah..
Setiap hari…
Diri ini taat setia berkhidmat buat sang suami..
Diri ini berhias buat suami tercinta…menyediakan masakan sebagai peghilang penat lelahnya…
Masakan yang serba sederhana…pengikat kasih bersulamkan selawat agar lebih enak…sedangkan diri ini belum arif….

Setiap hari kami habiskan masa bersama jika terluang..mengambil kesempatan untuk saling mengenali dan memahami…
Segala kekosongan diisi dengan gurau senda…tawa mesra…jika kelapangan..sang suami akan membantu diri ku untuk mengemas rumah dan sama-sama menjadi “chef” didapur…
Wallahua’lam….sungguh cepat masa berlalu……
Lebih kurang setahun…Alhamdulilah…kami dikurniakan dengan seorang puteri sebangai lambang pengikat kasih antara kami….
lillahiRabbi…sujud syukur atas kurniaan dan amanah ALLAH ini buat kami…..
ini anugerah..tautan hati buat kami…..
Alhamdulilah….
Kami namakannya….”Nurul Humaira’..”
Cahaya kemerah-merahan……
Semoga puteri kami ini menerangi hidup kami…
Allahumma’amin….

Detik kian detik…
Berlalu..masa berlalu…hampir 3 tahun diri ku dan sang suami bersulam kasih..bermesra sayang bersama-sama puteri kami…

Suamiku..yang sangat ku sayangi..disahkan menghidapi sesuatu penyakit yang misteri…
Wallahua’lam…
Doctor sendiri tidak dapat mengenalpasti jenis penyakit yang suami ku hidapi…

Masa kian berlalu…
Keadaan suamiku semakin teruk…..walaupun perlbagai jenis perubatan yang dilakukan…baik perubatan moden,baik perubatan tradisional….penyakit suamiku tidak dapat dipulihkan….

Diriku hanya insan yang lemah….diriku sentiasa berdoa..
Bertahajud….berhajat kepada ALLAH..semoga menyembuhkan suamiku yang sangat ku cintai dan sayangi….

Mengalir air mata…..
Tiada kata-kata lain yang diri ini mampu bermohon kepada ALLAH…
Hanya zikir syahdu….zikir air mata insan yang lemah…
Allahumma’amin….ya ALLAH..KAU selamatkanlah suami ku…
Sang pencintaku…….

‘’setiap yang hidup pasti akan mati’’
‘’innalillahi wainna’ilaihi’raji’un…’’

Bisik hatiku……
Tiada kata-kata yang mampu untuk ku berkata-kata lagi…
Suamiku pergi meninggalkan ku dan sang puteri kami…
Linangan air mata dan doa yang menyusuri..
Pemergian suamiku….

*malam sebelum suami ku pergi…….
Daku berada disisi sang suami…
Menemaninya..saat-saat terakhirnya……
Suamiku sempat berpesan………

“wahai sayangku…terima kasih kerana menerimaku..sudi hidup bersamaku…..menyinari hidupku…….terima kasih juga kerana menyayangi ku seadanya walaupun jodoh kita selama ini atas dasar pilihan keluarga…sesungguhnya kaulah bidadari ku…pelengkap hidup ku…disamping adanya mutiara sinar hidup kita..sang puteri….’

Sungguh aku menyayangimu kerana ALLAH…..

Masih terngiang2 dalam kotak pemikiranku…..

Ya Allah..kuatkan ku..tabahkan hatiku untuk menghadapi dugaan mu ini ya ALLAH…
Sesungguhnya ku insan yang lemah……..


Pemergian arwah suami ku sangat menyentuh perasaanku….
Hilangnya tunjang hidupku…..
Sungguh ku sangat menyayangi mu wahai zauj ku..






Cintaku pastilah bukan cinta yg biasa..jika DIA yg memiliki..melakukan kerana DIA,mengenal kerana DIA,mencintai kerana DIA dan jikalaupun harus berhenti mencinta juga kerana DIA...Sang Maha Cinta...cintailah hamba yg zholim..subhanAllah..sekali lg takjub dengan keindahan dan keagungan ciptaanNYA dgn melihat alam dari balik paralayang di waktu malam...

Senyumanmu membawa ketenangan di hati,
Tapi senyumanNya melalui bunga-bunga yg indah,sungguh meluluhkan hatiku..
Perhatianmu padaku membuatku merasa ada yg mendampingi,
Tapi perhatianNya kepada seluruh dunia membuatku lebih merasa aman..
Indahnya menatap wajahmu membuatku selalu rindu,
Tapi menatap wajahNya kelak di hari akhir adalah kerinduan terbesarku...

Biarkan aku belajar cinta sejatiNya terlebih dahulu,
Hingga saatnya tiba nanti,
Aku tidak salah dalam mencintaimu,
Aku sudah mampu mencintaimu bukan keranamu, tapi keranaNya...

Ya Allah,
Ku gagahi tapak langkahku ini,
Ku lalui dengan penuh kekuatan,
Andai rebah di pusara dunia,
Ku mohon agar hidupku bermakna,
Kerana ku tahu KAU YANG MAHA KUASA...
Tanganku berdoa mengharap kasihMu,
Hatiku berbicara zikir padaMu,
Jiwaku berkata inilah cintaMu,
Dari sujud ke sujud ku tak jemu mencariMu..


*akan bersambung......














Gratisan Musik