~terimalah seadanya~~cukuplah Hanya ALLAH bagiku~

Dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim.......
Asalamua'laikum w.b.t
salam ukhwah...salam islamiah....
ingin diluahkan segala yang terungkap..ingin dihuraikan setiap bait-bait kata yang tersembunya dilubuk hati ini..
tapi mengapa sungguh sukar untuk ku ungkapkan..mengapa sungguh sukar hati ini untuk berbicar...


Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

saat cinta bersemi




salahkah aku mencintai dirimu
aku tidak pernah melihatmu, apatah bertemu denganmu
aku tertanya-tanya adakah kau mengenaliku sepertimana aku mengenalimu,
aku amat mengagumi dirimu,
setiap perihalmu aku cuba sedaya upaya turuti
kerna kaulah idolaku dan insan yang teristimewa yang bertahkta di hati ini
adakah jarak telah memisahkan kita telah membuat aku terus merindui pertemuan dengan mu
aku ingin berada pada suatu ketika kau jua berada di sana
bersama-sama berjuang fisabillah demi menegakkan kalamullah
aku ingin bersama-sama dengan mu di dalam perjuangan ini
hati ini amat merinduimu..dan amat mencintaimu
cintaku ini aku sandarkan pada Allah semata-mata
tapi kadang-kadang aku malu
malu kerna jika benar kita di takdirkan untuk bertemu suatu ketika nanti
adakah aku seperti muslimah yang kau selalu sebut dalam kalam mu
aku cuba yang terbaik kerana untuk bertemu mu itu jualah matlamatku
kaulah satu satunya insan yang sentiasa membuat air mata ini mengalir
mengalir kerna terkenangkan segala keringatmu
yang kau infakkan kerana Allah ini tanpa mengenal erti penat dan putus asa
usahamu selalu menjadi pembakar semangat untuk ku terus berjuang di jalan ini
dikaulah inspirasiku buat selama-lamanya
dan aku akan cuba sedaya untuk terus mencintaimu
walaupun ianya terlalu sukar..
Namun perancangan Allah itu lebih arif
kita memang tidak akan bertemu di dunia
kerana Allah lebih mengasihanimu
Dia telah menjemput mu terlalu awal
pemergian mu di tangisi setiap isi di alam semesta ini
kerana kau bukan sahaja idamanku
namun dirimu adalah idaman setiap isi dunia ini
kerana peribadimu bak cahaya bulan
yang menerangi kegelapan malam
namun aku masih berharap pertemuan dengan mu di syurga
insyAllah…..
aku ingin di cintai Allah, maka aku perlu mencintai kekasihNya
ya Rasullah habiballah….aku merinduimu

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah atas setiap nikmat jua musibah yang telah ditetapkan buatku. Sesungguhnya setiap yang terjadi adalah sudah tersurat dan ana harus redha menerimanya dengan berlapang dada. Doa ana panjatkan hanya padaNya” ya Allah ku tidak pinta untuk kecilkan ujianMu ini, namun kau besarkanlah imanku dalam menghadapi tarbiyah dariMu ini”. Ujian ini jua bukti Kau amat menyayangi hambaMu yang hina ini.
Sungguh cepat Kau berikan tanda kasih sayangMu, wahai ya Rabbul I’zzati, ujianMu ini kadang-kadang buatkan diri ku ini amat lemah dan hampir-hampir putus asa. Ujian..kepada siapa pun ianya tiada istilah ringan. Semunya berat bagi individu tersebut, sebab apa? Sebab Allah tak uji kita kalau kita tak mampu 2: 286. Jadi Allah tahu kita mampu untuk mengharungi ujian itu. Ya..ana mampu !!! ana mampu untuk mengharunginya. Tapi kadang-kadang nangis juga. Ermm…nak buat macamana nama pun seorang muslimah..soft hearted la katakan. (“,)
Kau harus kuat wahai srikandi….
Kuat macamana tu? Macam catwomen ke???(“,) mesti la tak..buat apa macam cat women…kuat macam saidatina aisyah, tabah macam asma, sabar seperti Fatimah az-zahra, dan semulia maryam bonda isa. Ha..inilah antara contoh-contoh srikandi yang patut kita ( akhwat) contohi selain nabi s.a.w.
Ujian itukan untuk menguji keimanan kita juga(“,)..
Kadang-kadang terasa ana hanya sendirian dalam dunia fana ini. Huhu..lemahnya ana…kita kan ada ALLAH!!! Ingat tu kita ada ALLAH….mana mungkin kita boleh mengatakan yang kita bersendirian..kerana Dia selalu menemani kita walaupun di saat ramai orang menghilang dari diri kita..walaupun saat kita di cemuh mahupun di sanjung..Dia tak pernah melupakan kita..tapi agak-agaknya siapa la yang selalu lupakan DIA ea???????? Tika senang lupa untuk bertahjud, berzikir, bersedekah etc. tika sedih lain pulak jadinya. Dia yang dicari, tak henti-henti solat, zikir dll. Tapi bagus jugak la daripada tak ingat langsungkan…TAPI walau bagaimana pun harus diingatkan…andai kita ada sahabat yang bila susah, cari kita, nangis dengan kita, merayu-rayu mengadu pelbagai masalah untuk minta jalan penyelesaian. Namun bila segalanya setel..ntah hilang kemana, tanpa khabar berita…..apa perasaan kita??? Tepuk dada Tanya iman!
Nasihat untuk ana juga..
Usahlah biarkan diri kita terlalu lama dalam keadaan perasaan ‘down’ atau rasa lemah. Sedarlah itu hanyalah permainan syaitan, taktik untuk melemahkan apa saja berbuatan yang menuju kearah kebaikan bilamana ianya telah kita niatkan. Usahlah biarkan syaitan yang di rejam terus tersenyum bila perasaan lemah itu terus menguasai diri, bila kita terlalu mengikut perasaan, focus dalam ibadah kita jua akan tersasar..makanya..cepat-cepatlah bertindak dalam menguasai perasaan lemah mu itu…ingat “ lalai sesaat menyesal selamanya”.





Gratisan Musik