Tuesday, July 27, 2010

Bingkisan Mawardah




Jatuh cinta satu kesilapan? Limaza … bukankah ia hadir daripada rahmat yang Esa Bukankah ia datang tanpa dipinta Hadir tanpa diduga Cinta bukan satu kesilapan … Tapi tempat menguji ketaqwaan Cintakah kita pada yang Esa atau Melangit pada yang tak kekal Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA Cinta bukan satu kesilapan … Ia perasaan nan suci Kita yang menzahirkan Kenapa kita dipersalahkan Tatkala ia dinodai Bukan salah cinta itu … tapi diri Sebab tak dibina dengan Islam Tak dihalusi dengan keimanan Tak dibajai dengan ketaqwaan Cinta bukan satu kesilapan … Tapi tapak penyubur iman Kerana … tak sempurna iman seseorang Jika ia tidak mengasihi saudaranya Sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri Cinta bukan satu kesilapan … Bukankah Allah Maha Pengasih & Penyayang Cinta itu luas maknanya Cinta itu membawa ke syurga Cinta keluarga memberi bahagia Cinta pada buku dicurahkan ilmu Cinta pada sahabat mendapat berkat Cinta pada sahabat mendatangkan rahmat Tuhan Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki Tapi, memang cinta satu kesilapan … Jika ia menjauhi daripada PENCIPTA Jika ia membina jurang dari yang ESA Jika ia mengalpakan diri Lantas mengangkat darjat kemaksiatan Jika ia memadam cinta Ilahi Jika ia mengundang kemungkaran Khalid-Nya Jika ia menjadikan kita hambanya Maka seharusnya cinta itu kau jauhi Dan sememangnya ia merupakan satu KESILAPAN …

No comments:

Post a Comment